Thursday, September 30, 2010

WANG EHSAN LIM GUAN ENG DIKEMBALIKAN



Wang ehsan RM100 sumbangan Lim Guan Eng sebagai umpan dari hasil judi lumba kuda dikembalikan oleh warga emas yang menerimanya kerana tak mahu subahat dan memakan hasil judi.

Warga emas sedih dengan penipuan bila mendengar LGE mengaku benar wang itu dari hasil judi yang telah diasingkan. Golongan warga emas berpusu-pusu memulangkan wang itu kepada kerajaan PP semula.

Syabas orang Pulau Pinang, walau pun susah tetapi masih ada maruah, harga diri dan ingat halal haram hukum Islam.

LGE jangan ingat kominis boleh umpan apa saja orang melayu boleh sambar. Apa yang penting Bintangtiga bangga orang melayu walaupun susah tetapi ada pendirian dan harga diri.

Gambar sumber blog Pejuang Bangsa lapuran penuh klik http://sejarahmelayu.blogspot.com/

Wednesday, September 29, 2010

KOMINIS PENAGRUHI GOLONGAN MISKIN


Orang miskin mudah dirasuk fahaman kominis. Sekitar tahun 1960an- awal 80an rakyat Malaysia ramai miskin. Orang miskin mudah percaya samarata samarasa. DEB mula rasa hasil tapi sampai sekarang tidak selesai masalah miskin. Tetapi jumlah agak kecil.

DAP suka orang melayu miskin. Sebab itu langkah pertama Lim Guan Eng mesti punah jalan cari makan orang melayu. DAP amal pecah dan perintah. Mereka tak suka orang melayu tinggal berkampung. Kampung melayu mesti diroboh dan mereka pindah sendiri rata-rata. Jadi melayu jadi tidak bersatu. Apa yang kominis Lee Kuan Yew buat kat melayu Singapura DAP tiru sebiji, sebiji.

Bila orang melayu miskin tak cakap soal pilitik lagi. Mereka cakap soal soru sahaja. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Orang miskin jarang ingat tuhan lagi. Sebab itu nabi kata " miskin itu mendekatkan pada kufur". Ini Lim Guan Eng cuba buat pada melayu Pulau Pinang. Nak kominiskan orang melayu kena miskinkan mereka dulu. 

Kejayaan sudah mula berputik bila ada khatib baca doa selamatkan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Orang melayu sanggup terima wang ehsan duit judi. Lim Guan Eng mengaku Khalimah Omar Abdul Aziz orang islam mula kelabu . Nampak Lim Guan Eng sudah terpandang Khalifah Omar. Lim Guan Eng berjaya melakukan silap mata dari komrad kominis kepada Khalifah Islam.

Tuesday, September 28, 2010

AWAS KOMINIS MASIH AKTIF


Parti Kominis Malaya dilumpuhkan oleh Kerajaan Malaysia lebih 30 tahun dulu. Cheng Peng dan kuncu-kuncunya lari keSiam, keIndochina dan masuk bermastautin diChina. Anggotanya yang tinggal, menyerap masuk kedalam parti politik terutama DAP. DAP sesuai dengan mereka kerana parti itu sosialis. Puak melayu masuk Parti Sosialis Rakyat Malaysia (sekarang PRM).

Anggota PKM, mereka buat mengalah kalau mereka rasa kerajaan kuat. Mereka bermuka-muka. Jika kerajaan dapat ke tangan mereka tahulah, semua dilanyaknya. Orang melayu akan jadi target utama. Sifat kominis, mereka tak boleh tenang kalau dapat kuasa. Mereka terus ghairah. Terus tunjuk belang. Sifat ekstrim ini mereka tak boleh sorok.

Pulau Pinang hari ini diperintah oleh spesis itulah. Mula saja pegang kuasa sikit habis tanah-tanah melayu diceroboh, rampas dan halang melayu untuk mencari makan. Gerai-gerai diruntuh, perkampungan melayu yang hampir seratus tahun diteroka dilanyak juga. Orang melayu disedekah dari duit judi atan nama wang ehsan.

Orang melayu kalau susah tak dapat menahan diri, wang judi pun sapu. Sedekah hasil jual babi pun makan. Imam dan bilal sanggup bagi tempat sembahyang orang kafir berucap semata-mata nak dapat sedikit sedekah gula dan kopi untuk masjid dan surau !. Tapi bila orang cakap begitu malu pula nak mengaku melayu keh  keh.. keh.. yang buat kerja anak buah dia. Keh keh keh. Bangsat betul.

Monday, September 27, 2010

ORANG MELAYU PHOBIA BINTANG TIGA



Bintang tiga adalah lambang Parti Kominis Malaya (PKM). Lepas jepun kalah kepada tentera bersekutu, berlaku kekosongan sementara British datang semula ketanah jajahan. Di Malaya PKM dapat berkuasa selama dua minggu. Dalam masa singkat itu, kominis melakukan kekekajaman dan banyak kerosakan di Malaya. Pembunuhan, peras ugut, rampasan, memperkosa, merosakan harta awam dan sawah ladang dibakar.

Orang melayu jadi mangsa. Disembelih hidup-hidup, keluarga dibunuh, kanak dibunuh, harta dirampas, rumah dibakar dan berbagai lagi. Mana orang melayu yang dahulu rapat sedikit dengan jepun dicari dan dibunuh dengan kejam. Kominis itu pada masa jepun mereka bukan berada dalam hutan sebaliknya bercampur gaul bermuka muka. Mereka datang kekampung-kampung membeli ayam, telur dan lain-lain lagi hasil mahsul orang kampung sambil memerhati dan pasang telinga. Bila mereka berpeluang sahaja berkuasa segala maklumat yang selama disimpan diguna balik. Cari balik gerangan yang anti kominis masa zaman Jepun. Jika dapat, tidak merasa hidup lagi. Ramai orang melayu hilang pada ketika itu tidak dapat dikesan oleh waris mereka.

Sebab itulah orang melayu phobia dengan kominis. Tetapi sekarang sudah ramai yang buta sejarah dan ramai pula yang tidak percaya persitiwa itu boleh berlaku. 

Sunday, September 26, 2010

WELLCOME TO THE THREE STARS

Selamat datang kelaman ke Bintangtiga. Bintangtiga ertinya tiga bintang (three stars). Nama bintangtiga mudah diingat kerana ia senonim dengan rakyat Malaysia. Nama Bintangtiga dipilih atas beberapa sebab. Pertama, melambangkan agama, bangsa dan negara.


Ke2, mengingatkan kita generasi baru bertapa kejamnya kominis memerintah selama 14 hari pada tahun 1948. Ke3, blog ini bertaraf tiga bintang ha.. ha.. ha. Jadi blog ini menentang fahaman kominis dan sosialis dan seangkatan dan sewaktu dengannya.


Terus terang dikatakan blog ini pro pemerintah. Pro Najib, Pro Muhyiddin dan Pro Tun Dr.Mahathir dan Pro Melayu Islam. Namun begitu walaupun pro tidak semestinya menjadi pak turut. Kebenaran adalah tuntutan Allah swt yang perlu dilaksanakan kerana kita disoal diakhirat nanti.  Wasalam.
Related Posts with Thumbnails